Jumaat, 2 April 2010

adab-adab berdoa

Berdoa da mnjd kbiasaan mahupun adat bg seseorg muslim...tp kte sbagai org muslim xpnah mnitikberatkn mngenai adab2 nye...mngikut kitab yg dikarang oleh Syeikh muhaammad Fuad bin Kamaluddin al-maliki yg bertajuk"pintu-pintu pelepasan",adab2 berdoa ada 10 perkara:


(1)BERDOA PD WAKTU2 YG MULIA ATAUPON MUSTAJAB
misalnye:hari A'rafah,bulan ramadhan,hari jumaat dan waktu sahur..
berdasarkan ayat al quran drpd surah az zaariyat ayat 18
maksudnye:
Dan pd waktu akhir malam mereka selalu beristighfar(meminta keampunan)
kepada Allah.

(2)BERDOA KETIKA BERLAKU PERKARA2 YG MULIA
misalnye:ketika hujan lebat,selepas solat fardhu,waktu diantara azan dan iqamah dan
ketika sujud...hakikatnye, kmuliaan waktu2 tersebut kmbali pd kmuliaan
keadaannye.Waktu sahur mrupakn waktu mnjernihkn hati,mntuluskn dan
mgosongknnye.Hari jumaat dan hari Arafah merupakan saat2 berhimpunnye himmah2
dan saling bantu mmbantu dan bertautnya semua hati untuk mgharapkn cucuran
rahmat Allah taa'la.

(3)MENGHADAP KIBLAT DAN MNGANGKAT KDUA2 BELAH TGN DAN MNYAPUNYA
KE MUKA PD AKHIR DOA.
berdasarkan hadith Rasulullah yg diriwayatkn oleh Umar r.a:Rasulullah mengangkat
kedua tangannya ketika berdoa,Baginda tidak akan menurunkan tangannya sebelum
menyapukn ke wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.

Dalam hadith yang lain ada mengatakan bahawa" apabila Rasulullah selesai berdoa,
Baginda akan merapatkan kedua belah telapak tangannya dan menjadikan bahagian
dalamnya menghadap ke wajahnya"hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a...

Maka, inilah kedudukan tanganBaginda dan Baginda tidak mengangkat pandangannya ke
langit..


(4)MERENDAHKAN SUARA ANTARA BERBISIK2 DAN NYARING.
Bedasarkan firman Allah di dalam Al-Quran surah al israa' ayat yg ke 19 maksudnya:
"Dan janganlah kamu nyaringkan bagi solatmu dan jua jangan la kamu merndahkannya"

Saiyyidatuna Aisyah RA berkata mngenai ayat ini adalah mngenai ketika berdoa.
Sesungguhnya Allah memuji Nabi Zakaria melalui firmannya yg bermaksud"ingatlah
peristiawa ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan
secara perlahan"-surah Al-a'araf ayat ke 55.


(5)JANGAN TERLALU BERSAJAK2 DALAM BERDOA.
mksdnye:jgn la terlalu berlagu2....

(6)MERENDAHKAN DIRI
kita perlulah mrasakan yg diri kita ini manusia yg hina.manusia yg bnyk melakukan dosa dan sememangnya kita ada melakukan dosa..kita perlulah sentiasa memberikan pengharapan dari Allah.
firman Allah:berdoalah kepada tuhanmu dengan merendahkn diri dan dengan suara yg perlahan
surah al a'raf ayat 55


(7)MEMANTAPKAN DOA,MEYAKINI DANBENAR2 MENGHARAP
sabda nabi:apabila seseorang antara kalian berdoa,maka hendaklah memperbesarkan harapan.Sesungguhnya tiada satu ponyang lebih besar dari Allah.

(8)BERDOALAH DGN TERUS MENERUS MERAYU DAN MNGULANGI 3KALI

(9)MEMBUKA DOA DGN MNYEBUT NAMA ALLAH DAN BERSELAWAT DAN MENUTUPNYA JUGA DGN KDUA2NYA SEKALI

(10)BERTAUBAT DAN MENOLAK SEGALA KEZALIMAN DAN MENGHADAPKAN DIRI KPD ALLAH DGN SUNGGUHNYA.